Monday, 20 May 2024

GRADUAN BOLEH SEMAK SIDANG PENGANUGERAHAN MAJLIS IDUL ILMI KONVOKESYEN UniSZA KE-15 MULAI HARI INI

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

Kuala Nerus - Para graduan boleh menyemak sidang penganugerahan masing-masing di Majlis Idul Ilmi Konvokesyen UniSZA kali ke-15 mengikut tarikh dan masa, mulai hari ini. 

                                                                                         

Pengarah Pusat Pengurusan Kecemerlangan & Inovasi Akademik (COMAE-I), Prof. Madya Ts. Dr. Syadiah Nor Wan Shamsuddin, berkata graduan boleh membuka pautan https://online.fliphtml5.com/hemou/eioy/ untuk menyemak tarikh, masa dan sidang penganugerahan masing-masing.

“Butiran lanjut mengenai Acara Majlis Idul Ilmi Konvokesyen UniSZA Ke-15 juga boleh didapati melalui Aplikasi Mudah Alih iAlumni yang boleh dimuat turun melalui Google Play Store dan IOS Store bermula hari ini”

“Graduan boleh mengakses kepada Aplikasi mudah alih iAlumni dan rujuk panduan di paparan utama Aplikasi iAlumni”, katanya.

Katanya lagi, sebarang maklumat berkenaan majlis konvokesyen (SKPG,Jubah dan lain-lain) berkaitan dengan graduan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui Aplikasi Mudah Alih iAlumni.

“UniSZA mengucapkan tahniah kepada semua graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian dan memenuhi syarat serta keperluan pengijazahan mengikut program yang berkenaan di Universiti Sultan Zainal Abidin”, katanya.

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2024 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara