Thursday, 09 May 2024

466 pelajar baharu UniSZA teruja untuk belajar di Kampus Besut

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

Besut: “Saya dah dapat jumpa ramai kawan baru dan tak sabar untuk memulakan pengajian minggu depan”, kata Nur Asyikin Radzi, 20.

Asyikin antara 466 pelajar baharu yang mendaftar di UniSZA bagi Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Informatik Media), dan ditempatkan di kampus Besut.

Pelajar yang berasal dari Alor Setar, Kedah itu begitu teruja untuk memulakan kehidupan baru sebagai seorang mahasiswa di UniSZA.

“Alhamdulillah, saya gembira dapat menyambung pengajian di UniSZA dan mendapat kursus yang memang saya inginkan sebelum ini”

“Saya akan yang buat terbaik untuk keluarga saya dan berharap agar dapat menghabiskan pengajian dengan sebaiknya”, katanya ketika ditemui pada Sesi Minggu Mesra Siswa Ijazah Sarjana Muda 2023/2024, di UniSZA Kampus Besut.

Buat julung kalinya, MMS diadakan di Kampus Besut dengan membabitkan pelajar baharu dari tiga fakulti iaitu Fakulti Informatik Komputeran (FIK), Fakulti Biosumber dan Industri Makanan (FBIM) dan Fakulti Farmasi (FF)

Kebiasannya  pelajar baharu akan mengikuti sesi MMS di kampus Gong Badak tetapi pada kali ini berbeza apabila kesemua pelajar baharu bagi tiga fakulti berkenaan mengikuti sesi MMS di kampus Besut selama lima hari.

Sementara itu, pelajar Ijazah Sarjana Muda Perniagaantani, Mohd Ikhwan Haikal Azlan, 20, berkata dia sudah dapat membiasakan diri di kampus meskipun baru dua hari

“Saya juga sudah mendapat ramai kawan baru dan Alhamdulillah dapat menyesuaikan diri di sini meskipun berjauhan dari keluarga”, katanya.

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2024 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara