Thursday, 09 May 2024

Pasukan Perubatan UniSZA turun padang periksa kesihatan mangsa banjir di Pahang

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

Kuantan – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menghantar kakitangan perubatan Pusat Pembangunan Hospital UniSZA (PPHU) bagi memenuhi keperluan dalam Misi Bantuan Pasca Banjir UniSZA di Pahang.

Naib Canselor (Menjalankan Fungsi), Prof Dr. Fadzli Adam, berkata UniSZA turut menghantar 100 sukarelawan yang terdiri dari kakitangan dan pelajar untuk membantu mangsa banjir di daerah Bera dan Kuantan bagi meringankan beban yang ditanggung mangsa bencana di sana.

"Semua 18 kakitangan perubatan PPHU yang disertai oleh doktor dan jururawat itu membuat pemeriksaan asas kesihatan selain merawat luka-luka kecil mangsa di kediaman masing-masing”

“InsyaAllah, UniSZA akan terus berhubung dan membantu mereka yang dalam kesusahan tanpa mengira latar belakang, dan UniSZA juga bersimpati serta turut sama bersolidariti dengan semua mangsa banjir yang masih bergelut untuk kembali kekehidupan normal," katanya ketika ditemui di PAKR Pandan Bukit Rangin, Kuantan.

Sementara itu, Johari Mat, 64, menzahirkan rasa gembira dan bersyukur kerana menerima kunjungan dari UniSZA untuk membersihkan rumahnya serta membuat pemeriksaan kesihatan kepada dia dan keluarga

“Walaupun rumah mangsa masih lagi belum pulih sepenuhnya, saya begitu terharu kerana UniSZA datang membantu dan turut memerisa kesihatan saya, isteri dan anak-anak”

“Alhamdulillah niat murni dari UniSZA ini dapat menceriakan saya dan keluarga yang masih lagi dalam kesedihan akibat bencana banjir ini” katanya ketika ditemui di kediamannya.

Setakat hari ini, seramai 151 pelajar UniSZA yang telah terjejas banjir mendapat bantuan wang tunai RM 500 serta 500 keluarga dari komuniti luar turut mendapat bantuan dari UniSZA.

# # #

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2024 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara